Posts

Showing posts from January, 2023

Final Fantasy X

  Mengisahkan pengembaraan Tidus setelah ditelan oleh Sin dan dibawa ke masa depan. Dia kemudiannya bertemu dengan Yuna dan mengambil keputusan untuk turut serta menjadi 'Guardian' yang ditugaskan membantu 'Summoner' menewaskan Sin. Senjata Lagenda Ternyata sekali kuasa persahabatan sahaja tidak cukup untuk mengalahkan makhluk hijau berbaju koko yang menghampiri anda dengan sebilah pisau dan sebuah lampu. tanglung. Pada saat ini senjata yang menjadi pilihan tidak lain adalah senjata lagenda.  Caladbolg; senjata milik Tidus  boleh dimiliki dengan memenangi perlumbaan Chocobo. Selepas menang perlumbaan Chocobo, pergi ke bahagian atas belah barat. Kawasan yang sebelum dihalang oleh pengawai kini boleh diguna pakai. Asasnya semua senjata lagenda ini tidak berguna hinggalah digabung dengan Crest dan Sigil khas.  Nirvana; tangkap kesemua jenis fiend di Calm Land dan Nirvana akan menjadi milik Yuna sebaik sahaja dia bercakap dengan pemilik Monster Arena.  Masamune; Aur...

Prey

 Satu bangsa yang menjadikan buruan sebagai satu bentuk sukan. Muncul untuk kali pertama dalam filem Predator lakonan Arnold Schwarzenegger dan kemudian mempunyai tiga sequel dan dua filem crossover bertumbuk dengan Xenomorph kini Prey membawa kita kepada kisah untuk pertama kalinya Puak Yautja mendarat ke bumi. Tidak banyak persoalan terjawab. Walaupun gagal menjawab akan persoalan berkaitan asal usul makhluk Yautja. Namun begitu audiens mendapat jawapan kepada satu lagi persoalan yang tidak kurang menariknya. Pistol Raphael Adolini senjata yang diberikan kepada Mike Harrigan oleh Greyback selepas dia berjaya mengalahkan City Hunter. Pistol tersebut diberikan kepada Naru sebagai pertukaran untuk dia menyelamatkan seorang pemburu yang kudung kaki disebabkan oleh salah satu senjata milik Feral. Naru menggunakan senjata baru itu untuk bersemuka dengan Feral untuk kali terakhir. Walaupun menjawab persoalan akan asal usul pistol tersebut namun masih belum terjawab ba...