Posts

Showing posts with the label Resident Evil

Resident Evil

Resident Evil atau dikenali sebagai Biohazard adalah sebuah karya Shinji Mikami dan Tokuro Fujiwara. Game ini diinspirasi dari beberapa karya dari pelbagai termasuklah game dari Tokuro Fujiwara sendiri iaitu Sweet Home. Permulaan Jalan Cerita. Satu unit khas dikenali S.T.A.R.S Alpha Team telah dihantar selepas komunikasi dengan S.T.A.RS Bravo Team yang dihantar ke Rumah Agam Spencer di Gunung Arklay terputus. Sebaik sahaja mendarat Joseph Frost terjumpa tangan yang telah terputus, belum sempat dia melakukan apa-apa dia telah menjadi santapan anjing mutasi. Ahli S.T.A.RS lain lantas membuka langkah seribu dan mencari perlindunggan di dalam rumah agam tersebut. Apa yang berlaku seterusnya bergantung pada watak yang dimainkan. Pengenalan karekter Chris. Hanya tiga orang sahaja yang terselamat iaitu Chris Redfild, Jill Valentine dan Albert Wesker. Ketiga-tiga mereka dikejutkan dengan bunyi tembakan pistol. Chris Redfild lantas pergi lihat apa yang telah berlaku...