Posts

Prey

 Satu bangsa yang menjadikan buruan sebagai satu bentuk sukan. Muncul untuk kali pertama dalam filem Predator lakonan Arnold Schwarzenegger dan kemudian mempunyai tiga sequel dan dua filem crossover bertumbuk dengan Xenomorph kini Prey membawa kita kepada kisah untuk pertama kalinya Puak Yautja mendarat ke bumi. Tidak banyak persoalan terjawab. Walaupun gagal menjawab akan persoalan berkaitan asal usul makhluk Yautja. Namun begitu audiens mendapat jawapan kepada satu lagi persoalan yang tidak kurang menariknya. Pistol Raphael Adolini senjata yang diberikan kepada Mike Harrigan oleh Greyback selepas dia berjaya mengalahkan City Hunter. Pistol tersebut diberikan kepada Naru sebagai pertukaran untuk dia menyelamatkan seorang pemburu yang kudung kaki disebabkan oleh salah satu senjata milik Feral. Naru menggunakan senjata baru itu untuk bersemuka dengan Feral untuk kali terakhir. Walaupun menjawab persoalan akan asal usul pistol tersebut namun masih belum terjawab ba...

Elemen status dalam Genshin Impact

 Di dalam dunia Genshin Impact terdapat tujuh jenis elemen dan setiap elemen itu akan memberi reaksi yang berbeza apabila bertemu dengan elemen lain. Tujuh Jenis Elemen. Pyro :- Api Cyro :- Ais Electro :- Eletrik Hydro :- Air Ameno :- Angin Geo :- Batu/Tanah Dendro :- Daun. Bagaimanakah Elemen Status boleh berlaku ? Setengah dari musuh mempunyai elemen status sebagai sifat semulajadi. Contohnya dari keluarga Slime. Kedua apabila menggunakan Elemen Burst atau Elemen Skill. Babara sebagai contoh akan mengenakan status wet apabila menggunakan Elemen Burstnya. Apabila musuh atau karakter kita terkena serangan dari pihak lawan. Kebanyakan karekter atau musuh mempunyai satu elemen dalam serangan. Namun ada juga karekter seperti Childe (Versi boss) mempunyai serangan Electro dan Hydro. Anemo pulak boleh merebak elemen status yang sedia ada kepada musuh/karekter di sekitarnya. Faktor alam sekitar juga boleh menyebabkan musuh/karekter terkena status elemen. ...

Murphy Law of Plot

Murphy Law membawa adalah satu permahaman "Jika sesuatu buruk mahu berlaku iainya tetap akan berlaku." Perkataan paling hampir dengan peribahasa kita adalah "Keluar Mulut Buaya Masuk Mulut Harimau." Biasanya konsep ini sering diguna pakai bagi mengembangkan plot supaya karekter lebih malang. Kebiasaanya konsep murphy law dapat dilihat dalam cerita yang berunsurkan romantik atau seram. Sebagai contoh scene watak diserang oleh pembunuh misteri. Seorang diri Cuba menghubungi orang lain Telefon tiada line. Teserempak pembunuh. Jatuh ketika melarikan diri. Lambat buka pintu kereta. Kunci banyak sangat. Kereta pulak tidak mahu hidup. Rupanya pembunuh sudah ada dalam kereta. Mati kena bunuh. Contoh lain untuk scene romantik. Beli bunga untuk crush. Dia kelihatan mesra dengan orang lain. Watak utama salah faham. Dia mahu memanggil mereka tetapi watak utama ditarik oleh watak lain. Akhirnya dapat bertemu secara bersemuka. Watak utama luahkan perasaan te...

Kamen Rider Zolda

 Tidak termasuk Kamen Rider Odin, Kamen Rider Zolda mempunyai Advent Deck yang paling kuat berbanding persaingannya yang lain dalam siri Kamen Rider Ryuki. Walaubagaimanapun Kamen Rider Zolda juga satu-satunya watak utama yang tidak mempunyai naik taraf Advent Deck. Origin Shuichi Kitaoka seorang peguam yang suka mengambil kesempatan telah menghidap kanser. Tidak mahu berputus asa dia kemudian menyertai pentempuran para Rider sebagai Kamen Rider Zolda. Abiliti Corak pertempuran Kamen Rider Zolda sangat berbeza berbanding kebanyakan lawannya dimana Shuichi Kitaoka lebih suka memilih serangan jarak jauh. Dia juga sering kali cuba mengelak dari berlawan secara bersemuka sebaliknya melakukan serangan sembunyi terlebih dahulu. Dia mempunyai set Advent Card yang menumpu sepenuhnya pada jenis serangan. Malahan Advent Magnugiga adalah antara paling kuat berbanding Advent lain sehinggalah Kamen Rider lain menaik taraf Advent mereka. Final Vent Zolda akan men...

Twin Traveller

Protagonis dan Antagonis utama untuk permainan video Genshin Impact. Dua kembar yang ditewaskan oleh Unknown God. Peranan protagonis dan antagonis ditentukan oleh pilihan permain. Andai permain bermain sebagai Aether maka Lumine akan jadi antagonis begitu juga sebaliknya. Nama mereka juga akan berbeza mengikut bahasa yang diguna pakai. Aether & Lumine untuk bahasa inggeris, Sora & Hotaru untuk bahasa Jepun, cina pulak menggunakan Kong dan Ying akhir sekali Gong dan Hyeong untuk Bahasa Korea. Origin. Mereka berdua melarikan diri ketika Khaenri'ah dimusnahkan namun begitu telah dihalang oleh Unknown God. Pertempuran berakhir apabila mereka berdua dikurung di dalam sebuah kiub. Kuasa watak utama juga telah dikunci dan setelah beberapa tahun akhirnya watak utama tersedar dan bertemu dengan Paimon yang dipancingnya. Abiliti. Berbeza dengan karekter lain yang menggunakan Vision sebagai sumber kuasa. Aether & Lumine aktif kuasa mereka apabila menye...

Army of The Dead

 ilem arah terbaru Zack Snyder kali membawa kita kepada sebuah dunia pabila manusia hidup di dunia zombie apokalips. Intro filem ini sememangnya sangat menarik dimana kita disajikan dengan sebuah filem pendek ala prequel malangnya penggunaan font yang huduh merosakannya. Perkara seperti ini tidak patut berlaku kepada seorang pengarah seperti Zack Snyder. Filem ini terlalu banyak plothole namun begitu masih boleh dimaafkan kerana kemungkinan akan ada sequel atau mungkin prequel dimasa akan datang yang bakal menjawab pelbagai jenis persoalan. Namun begitu lakonan Dave Bautista sangat kaku. Malahan karekterlistik sebagai watak utama tidak kelihatan di dalam filem ini. Scott Ward seolah-olah tidak peduli akan rakan seperjuanganya dan hanya melihat seorang demi seorang mati. Hanya satu masa sahaja dia menunjuk perasaan amarah apabila rakannya dibunuh. Plot filem ini juga seolah-olah berkonsepkan 'Murphy Law'. Kalau keadaan nak jadi buruk ia akan jadi buruk. Misi ...

Resident Evil

Resident Evil atau dikenali sebagai Biohazard adalah sebuah karya Shinji Mikami dan Tokuro Fujiwara. Game ini diinspirasi dari beberapa karya dari pelbagai termasuklah game dari Tokuro Fujiwara sendiri iaitu Sweet Home. Permulaan Jalan Cerita. Satu unit khas dikenali S.T.A.R.S Alpha Team telah dihantar selepas komunikasi dengan S.T.A.RS Bravo Team yang dihantar ke Rumah Agam Spencer di Gunung Arklay terputus. Sebaik sahaja mendarat Joseph Frost terjumpa tangan yang telah terputus, belum sempat dia melakukan apa-apa dia telah menjadi santapan anjing mutasi. Ahli S.T.A.RS lain lantas membuka langkah seribu dan mencari perlindunggan di dalam rumah agam tersebut. Apa yang berlaku seterusnya bergantung pada watak yang dimainkan. Pengenalan karekter Chris. Hanya tiga orang sahaja yang terselamat iaitu Chris Redfild, Jill Valentine dan Albert Wesker. Ketiga-tiga mereka dikejutkan dengan bunyi tembakan pistol. Chris Redfild lantas pergi lihat apa yang telah berlaku...