Prey

 Satu bangsa yang menjadikan buruan sebagai satu bentuk sukan. Muncul untuk kali pertama dalam filem Predator lakonan Arnold Schwarzenegger dan kemudian mempunyai tiga sequel dan dua filem crossover bertumbuk dengan Xenomorph kini Prey membawa kita kepada kisah untuk pertama kalinya Puak Yautja mendarat ke bumi.

Tidak banyak persoalan terjawab.

Walaupun gagal menjawab akan persoalan berkaitan asal usul makhluk Yautja. Namun begitu audiens mendapat jawapan kepada satu lagi persoalan yang tidak kurang menariknya. Pistol Raphael Adolini senjata yang diberikan kepada Mike Harrigan oleh Greyback selepas dia berjaya mengalahkan City Hunter.

Pistol tersebut diberikan kepada Naru sebagai pertukaran untuk dia menyelamatkan seorang pemburu yang kudung kaki disebabkan oleh salah satu senjata milik Feral. Naru menggunakan senjata baru itu untuk bersemuka dengan Feral untuk kali terakhir.

Walaupun menjawab persoalan akan asal usul pistol tersebut namun masih belum terjawab bagaimana pistol itu menjadi milik Greyback. Di akhir kredit dapat dilihat tiga lagi pesawat Yautja muncul memberi klu akan sequel yang akan datang.

Jawapan yang bercanggah dengan fakta.

Walaubagaimanapun jawapan ini sedikit bertentangan dengan asal usul asal pistol tersebut.

Untuk versi komik pistol tersebut milik Raphael Adolini seorang lanun yang berkerjasama dengan Greyback Predator.

Jadi bagaimana pistol yang sudah mili

Antara easter eggs yang menarik perhatian adalah pistol Raphael Adolini. Pistol tersebut asalnya milik seorang lanun yang kemudiannya berkerjasama dengan Greyback Predator dan pistol itu diberi sebagai tanda penghargaan.

Manakala di dalam Prey pistol itu diberikan kepada Naru sebagai penghargaan dia menolong salah seorang pemburu yang telah tercedera. Di akhir cerita Naru kembali ke kampungnya bersama pistol dan kepala Feral Predator. Kemudiannya muncul lagi tiga kapal puak Yautja.

Franchise Predator dalam kategori expanded universe dalam erti kata lain timeline untuk franchise tidak terhad pada satu media.

Bila berlaku kes percanggahan fakta biasa yang akan diambil sebagai canon biasanya adalah versi filem.

Expanded Universe sebenarnya bukan satu benda baru Star Wars sebagai contoh adalah sebuah karya yang sambungan hanya berada di media lain seperti komik, novel atau permainan video hinggalah dibeli oleh Disney maka karya di media lain bukan lagi canon.

Tetapi ada juga kes media yang berbeza dikeluarkan pada masa yang sama contohnya di dalam Godzilla Vs Kong, Skull Island dimusnahkan oleh ribut tetapi dalam versi komik origin ada Titan yang menghasilkan ribut tersebut.

Aku sebenarnya nak tulis review tapi itulah panjang pulak mukadimah. Korang baca jerlah sebagai pengetahuan am.

Cuma nak cakap kalau dari first time datang bumi sampailah jadi Super Predator asyik kalah jer. Diorang patut cari hobi lain.

Comments

Popular posts from this blog

Game yang perlu anda main jika minat Stardew Valley

Destroyah seteru yang tidak terkalah

Peristiwa di dalam siri Resident Evil.