Final Fantasy X
Mengisahkan pengembaraan Tidus setelah ditelan oleh Sin dan dibawa ke masa depan. Dia kemudiannya bertemu dengan Yuna dan mengambil keputusan untuk turut serta menjadi 'Guardian' yang ditugaskan membantu 'Summoner' menewaskan Sin.
Senjata Lagenda
Ternyata sekali kuasa persahabatan sahaja tidak cukup untuk mengalahkan makhluk hijau berbaju koko yang menghampiri anda dengan sebilah pisau dan sebuah lampu. tanglung. Pada saat ini senjata yang menjadi pilihan tidak lain adalah senjata lagenda.
Caladbolg; senjata milik Tidus boleh dimiliki dengan memenangi perlumbaan Chocobo. Selepas menang perlumbaan Chocobo, pergi ke bahagian atas belah barat. Kawasan yang sebelum dihalang oleh pengawai kini boleh diguna pakai. Asasnya semua senjata lagenda ini tidak berguna hinggalah digabung dengan Crest dan Sigil khas.
Nirvana; tangkap kesemua jenis fiend di Calm Land dan Nirvana akan menjadi milik Yuna sebaik sahaja dia bercakap dengan pemilik Monster Arena.
Masamune; Aurons asalnya hanya dapat sebilah pedang buruk (rusty sword) sehinggalah dia kemudiannya membawa pedang itu berjumpa dengan patung Lord Mi'Hen di Mushroom Rock Road.
Cara untuk dapatkan Strengh Sphere
Juggernaut adalah raksasa khas di dalam Final Fantasy X, yang dicipta dalam Speciest Conquest untuk Monster Arena selepas lima daripada setiap fiend jenis Ruminan telah ditangkap. Untuk kalahkan makhluk bertanduk empat di belakang badan ini permain perlu menjadikan salah seorang karekter di dalam mode sentinel manakala lagi tiga karekter mempunyai fungsi auto-phoneix.
Memandangkan musuh ini mempunyai pertahanan dan serangan yang tinggi apatah lagi mempunyai imunisasi yang tinggi Frag Granade dan Auron Banishing Blade adalah cara yang bagus untuk mengingatkan dia bahawa mati itu pasti.
Tiga jenis Ruminan yang perlu ditangkap adalah
Dual Horn
Grandel
Valaha.
Comments
Post a Comment