Army of The Dead

 ilem arah terbaru Zack Snyder kali membawa kita kepada sebuah dunia pabila manusia hidup di dunia zombie apokalips.

Intro filem ini sememangnya sangat menarik dimana kita disajikan dengan sebuah filem pendek ala prequel malangnya penggunaan font yang huduh merosakannya. Perkara seperti ini tidak patut berlaku kepada seorang pengarah seperti Zack Snyder.

Filem ini terlalu banyak plothole namun begitu masih boleh dimaafkan kerana kemungkinan akan ada sequel atau mungkin prequel dimasa akan datang yang bakal menjawab pelbagai jenis persoalan.

Namun begitu lakonan Dave Bautista sangat kaku. Malahan karekterlistik sebagai watak utama tidak kelihatan di dalam filem ini. Scott Ward seolah-olah tidak peduli akan rakan seperjuanganya dan hanya melihat seorang demi seorang mati. Hanya satu masa sahaja dia menunjuk perasaan amarah apabila rakannya dibunuh.

Plot filem ini juga seolah-olah berkonsepkan 'Murphy Law'. Kalau keadaan nak jadi buruk ia akan jadi buruk. Misi mereka mungkin hanya mengambil masa lima minit tetapi itulah .........

"Dah pengarah suruh ..."

Watak dan Perwatakan

Scott Ward (Dave Bautista) - Watak utama mengetuai pasukan khas bagi mendapatkan kembali wang tunai 200 Juta di Las Vegas Strip.


Kate Ward (Ella Purnell) - Dia ingat dia watak utama, senyap-senyap menyertai kumpulan bapanya dengan tujuan mencari Geeta.


Geeta (Huma Qureshi) - Karekter yang tiada fungsi hinggakan Zack Synder sendiri lupa nak matikan watak ini.


Vanderohe (Omari Hardwick) - Rakan baik kepada Scott Ward. Mempunyai gergasi eleterik berkuasa tinggi yang mampu membelah apa sahaja dan pilih untuk tumbuk muka Zeus.


Marianne Peters (Tig Notaro) - Mampu mengendali Helikopter dan membaikinya.

Ludwig Dieter (Matthias Schweighöfer) - Memainkan peranan paling penting bagi menjayakan misi mendapatkan kembali wang tunai milik Hunter Bly. Mampu buka peti simpanan termasuklah Götterdämmerung.

Lilly "The Coyote" (Nora Arnezeder) - Menerima upah sebagai penunjuk arah dan sangat memahami sélok-bélok kawasan luar. Senyap-senyap menerima misi lain.

Maria Cruz (Ana de la Reguera)

Martin (Garret Dillahunt)
Mikey Guzman (Raúl Castillo)
Chambers (Samantha Win)
Burt Cummings (Theo Rossi)
Zeus (Rich Cetrone) - Patient Zero
Hunter Bly (Hiroyuki Sanada)

Comments

Popular posts from this blog

Game yang perlu anda main jika minat Stardew Valley

Destroyah seteru yang tidak terkalah

Final Fantasy X