Destroyah seteru yang tidak terkalah

Godzilla yang pernah ditewaskan oleh Oxygen Destroyer sebelum ini perlu berdepan dengan musuh yang lebih mengerunkan Oxygen Destroyer yang kini bernyawa.

Berbeza dengan kebanyakkan musuh Godzilla sebelum ini lebih kepada menunjuk sifat hukum alam. Destroyah mempunyai sifat sadis terhadap mangsanya.

Tidak termasuk media lain , Godzilla hanya berdepan dengan musuh terkuatnya sekali dalam filem Godzilla Vs Destroyah. Kedua makhluk ini tidak dapat keputusan muktamad siapakah pemenang yang sebenar.

Origin

Pada tahun 1954 apabila Godzilla tidak lagi mampu dikawal akhirnya Dr.Daisuke Serizawa setuju untuk menggunakan senjata ciptaanya yang paling bahaya iaitu Oxygen Destroyer. Fikirannya bahawa dengan menghapuskan segala data mengenai Oxygen Destroyer dan mengorbankan dirinya sendiri yang mencipta senjata ini akan memastikan Jepun kini selamat adalah satu kesilapan.

Kensaku Ijuin nekad untuk meneruskan legasi Oxygen Destroyer dengan melakukan ujian Micro-oxygen. Malahan Kenichi Yamane juga berminat dengan senjata ini sebagai pertahan daripada serangan Godzilla namun mereka telah menjumpai makhluk baru akibat daripada Oxygen Destroyer sejenis makhluk yang asalnya hanya kecil namun berubah menjadi besar dipanggil Destoroyah.

Rupa Bentuk.

Destroyah sebenarnya mempunyai lima tahap perubahan bermula dengan hanya sebesar satu sentimeter. Pada saiz ini Destroyah menjadikan hidupan akuatik sebagai santapan.

Dia kemudian berubah menjadi hampir sebesar manusia mempunyai rupa ala-ala labah-labah. Apabila Destroyah tidak mampu menandingi Godzilla mereka bergabung dan menjadi satu pada tahap ketiga.

Pada tahap keempat Destroyah kini mampu untuk terbang dan makhluk ini tidak berkaki hinggalah pada tahap kelima. Tahap paling sempurna dan memberhaya.

Legasi.

Selepas pertarungan terakhir antara Godzilla dan Destroyah yang berpihak kepadanya, Destroyah mahu melarikan diri selepas tubuh badan Godzilla mula mencair tetapi pihak G-Force berjaya mengambil kesempatan dengan menembaknya menggunakan Freezer Cannon. Akibatnya dia menemui ajal apabila terjatuh kedalam mayat Godzilla yang telah mencair akibat terlalu panas. 

Comments

Popular posts from this blog

Game yang perlu anda main jika minat Stardew Valley

Peristiwa di dalam siri Resident Evil.