Game yang perlu anda main jika minat Stardew Valley
Stardew Valley sebuah permainan ciptaan Eric Barone. Permainan video mengisahkan anda yang pulang ke kampung untuk menjalani kehidupan baru. Game ini sangat popular hinggakan menjadi satu genre baru "like stardew valley". Disebabkan oleh itu penulis mahu mengumpul senarai permainan video dalam kategori seperti Stardew Valley.
Harvest Moon semuanya bermula dengan permainan video ini. Permainan video bergenre simulasi pertanian namun tidak hanya terhad di kebun. Permainan juga boleh melakukan aktiviti lain seperti memancing, mengutik hasil hutan, melombong, mengorat dan membaling timun ke kepala Kappa.
Story Of Seasons daripada pencipta Harvest Moon. XSeed Game ditubuhkan untuk meneruskan siri Harvest Moon yang baru dengan jenama ip yang baru. Story of Seasons adalah sequel kepada Harvest Moon walaubagaimanapun Natsume yang memiliki hak nama kepada Harvest Moon meneruskan legasi nama itu.
Rune Factory boleh dianggap spin off kepada Harvest Moon. Rune Factory diberi nafas baru dengan lebih berunsur fantasi dan aksi.
My Time at Portia sekali imbas permainan video ini kelihatan seperti sebuah permainan simulasi pertanian tetapi permainan pasca-apokalips ini sebenarnya lebih tertumpu kepada krafting. Siri ini lebih mengutamakan watak utama yang mahu memajukan bengkelnya sekaligus memajukan bandar Portia.
Slime Rancher pulak memberi perluang kepada permain untuk membeli Slime. Sejenis makhluk yang agak popular untuk siri permainan fantasi contohnya Dragon Quest
Animal Crossing kelihatan sedikit pelik apabila anda bermain sebagai haiwan yang mahu membina pulau idaman anda.
Garden Paws Meow.
Ooblets Iainya adalah seoleh gabungan beberapa permainan video seperti Pokemon, Pikman yang lebih mengutamakan pada tarian.
Comments
Post a Comment