Kamen Rider Zolda

 Tidak termasuk Kamen Rider Odin, Kamen Rider Zolda mempunyai Advent Deck yang paling kuat berbanding persaingannya yang lain dalam siri Kamen Rider Ryuki.

Walaubagaimanapun Kamen Rider Zolda juga satu-satunya watak utama yang tidak mempunyai naik taraf Advent Deck.

Origin

Shuichi Kitaoka seorang peguam yang suka mengambil kesempatan telah menghidap kanser. Tidak mahu berputus asa dia kemudian menyertai pentempuran para Rider sebagai Kamen Rider Zolda.

Abiliti

Corak pertempuran Kamen Rider Zolda sangat berbeza berbanding kebanyakan lawannya dimana Shuichi Kitaoka lebih suka memilih serangan jarak jauh.

Dia juga sering kali cuba mengelak dari berlawan secara bersemuka sebaliknya melakukan serangan sembunyi terlebih dahulu.

Dia mempunyai set Advent Card yang menumpu sepenuhnya pada jenis serangan. Malahan Advent Magnugiga adalah antara paling kuat berbanding Advent lain sehinggalah Kamen Rider lain menaik taraf Advent mereka.

Final Vent Zolda akan menyeru Magnugiga, dia kemudian akan meletak Magnuvisor ke belakang tubuh Adventnya. Sebaik sahaja dia melepaskan tembakan Magnugiga melancarkan serangan bertubi-tubi dari pelbagai sudut menewaskan Kamen Rider lain dalam sekelip mata. Namun begitu tembakannya tidak mampu menembusi plot Armor menjadi punca Kamen Rider Zolda tidak pernah bunuh Kamen Rider lain.

Memandangkan Kamen Rider Zolda mengutamakan serangan jarak jauh dia sering menggunakan Gigacanon dan Gigalaucher. Gigacanon ditempatkan di bahunya manakala senjata kedua sebagai pelancar roket.

Reka Bentuk.

Bertemakan warna hijau Kamen Rider Zolda seperti android bersesuaian dengan Magnugiga yang berkonsepkan mecha. Di sebelah kanan tali pinggang (V buckle) ditempatkan Magnuvisor iaitu sejenis pistol dan juga alat untuk mengaktifkan kartu Advent.

Pengguna lain

Goro Yura seorang lelaki yang sangat setia dengan Shuichi Kitaoka. Selepas kematian tuanya akibat kanser Goro Yura mengambil alih peranan sebagai Kamen Rider Zolda dan bertempur untuk kali terakhir dengan Kamen Rider Ouja.

Di dalam versi Kamen Rider Decade, Kamen Rider Zolda salah seorang terlibat dalam 'Perbicaraan Kamen Rider'. 

Comments

Popular posts from this blog

Game yang perlu anda main jika minat Stardew Valley

Destroyah seteru yang tidak terkalah

I break me leg doing Rider Kick now my fav Kamen Rider will never be the same.