Peristiwa di dalam siri Resident Evil.

Resident Evil 0 

S.T.A.RS Bravo telah dihantar menyiasat kes pembunuhan misteri. Rebecca Chambers staff perubatan berkerjasama dengan seorang banduan Billy Coiens setelah terperangkap dalam sebuah kereta api yang dipenuhi dengan zombie.

Resident Evil 

Setelah 24 jam tiada berita daripada S.T.A.R.S Bravo, kumpulan Alpha pulak dihantar untuk menyiasat apa yang telah berlaku. Malangnya mereka diserang oleh sekumpulan anjing. Jill Valentine dan Chris Redfield antara yang terselamat dari serangan anjing hanya untuk berdepan dengan makhluk yang lebih menakutkan di Rumah Agam Arklay. 

Resident Evil 2 

Leon S Kennedy seorang anggota polis yang baru sahaja ditugaskan dan Claire Redfield  sedang mencari abangnya adalah antara insan yang terselamat daripada tragedi kemusnahan Raccoon City. Tyrant dan William Birkin seorang manusia yang menjadikan diri sebagai bahan eksperimen. 

Resident Evil 3

Separuh masa pertama berlaku sebelum Resident Evil 2 dan seterus berlaku selepasnya. Nemesis sejenis Tyrant dengan gabungan parasit telah dihantar untuk memburu dan membunuh setiap ahli S.T.A.RS yang terselamat. 

Resident Evil Code Veronica

Claire Redfield telah ditahan ketika menyelinap masuk ke dalam Ibu Pejabat Umbrella Coorperation. Dia telah dihantar ke Pulau Rockfort dan bertemu dengan Steve Burnside. Mereka berdua cuba mendapatkan bantuan daripada Leon S. Kennedy. 

Chris Redfield segera ke Pulau Rockfort untuk membantu adiknya. 

Resident Evil 4 

Selepas beberapa tahun menjalani latihan khas, Leon S Kennedy telah dihantar bagi membantu anak anak presiden yang telah diculik oleh sebuah kumpulan digelar Los Iluminados. Dia bertemu kembali dengan Jack Krauser dan Ada Wong yang telah dihantar oleh Albert Wesker.

Resident Evil Revelation 

Jill Valentine mendapat maklumat bahawa Chris Redfield gagal dihubungi ketika berada di Queen Zenobia sedangkan pada waktu itu Chris Redfield sebenarnya berada di sebuah kawasan pergunungan salji 

Resident Evil 5

Jill Valentine dan Chris Redfield menyerbu masuk sebuah rumah agam milik pengasas Umbrella Coroperation. Tanpa mereka sangka rumah tersebut juga diserbu oleh Albert Wesker. Pertarungan kecil berlaku dan kekalahan disebelah mereka, Jill Valentine bertindak pantas menolak Albert Wesker jauh gaun dan nyawanya sendiri sebagai bayaran. 

Chris Redfield mendapat maklumat akan kewujudan seseorang yang dikenalinya di Kijuju Afrika. Bersama dengan Sheva Alamor  

Resident Evil Revelation 2

Claire Redfield telah diculik bersama dengan Moira Burton untuk dijadikan bahan eksperiment. Barry Burton datang mencari jawapan apa yang telah berlaku pada anaknya bersama dengan seorang kanak-kanak misteri bernama Natalia Korda. 

Resident Evil 6

Leon S.Kennedy menjadi saksi kepada pembunuh presiden Amerika Syarikat melalui penyebaran virus dan suspek utama iaitu Helena Harper mahu dia mengikutinya bagi mengungkai tragedi sebenar. 

Chris Redfield telah dipaksa oleh Piers Evan untuk kembali ke medan perang bagi melawan ancaman bioteroris di Tiongkok hanya untuk berdepan kembali dengan kisah silam yang cuba dia lupakan. 

Sherry Birkin ditugaskan untuk mendapatkan sampel darah dari Jake Muller dengan nilai 50 juta. Perjalanan mereka pulang tidak semudah yang disangka dengan serangan Ustanak. 

Resident Evil 7

Niat Ethan Winter untuk mencari isterinya bertukar menjadi tragedi apabila diserang oleh keluarga Barker. 

Resident Evil 8

Sekali lagi Ethan Winter diuji apabila anaknya pulak diculik oleh Marinda. 

Comments

Popular posts from this blog

Game yang perlu anda main jika minat Stardew Valley

Destroyah seteru yang tidak terkalah